Pernah?

pernah?
pernah tak kau rasa sayang sangat kat seseorang
sampai apa dia buat

apa dia cakap
apa dia fikir
apa dia dengar
apa dia percaya
apa dia suka
apa dia benci
semua kau nak tahu

sampai kau sanggup maafkan apa juga salah dia

kecil, besar, kau sanggup lupakan
sebab nak lupakan salah tu 
lebih mudah dari kalau kau pilih untuk lupakan dia

sampai dia kau letak paling atas

apa yang lain cakap
apa kanan kiri bisik
kau dengar tapi kau peduli apa
untuk buang dia, mustahil

sampai kau bukan setakat bayangkan

malah kau doakan
yang di masa depan kau
dah tertulis
dia ada

sampai godaan lain

secantik sekacak mana
tak akan lebih cantik
tak akan lebih kacak
dari dia di mata kau

sampai mampu tertitis airmata kau

kalau dibayang hidup kau
tanpa ada dia
pernah?

aku tak pernah.
p/s: tapi aku pernah.

Image result for ujian allah

UJIAN :)



bagi kau yang bercadang nak terjun bangunan
cuba kau tengok dulu awan.

cantik kan?

tapi bila hujan
awan jadi hitam dan menakutkan

bila hujan habis buat lawatan
awan pun kembali menawan

hidup ni macam tu la
sama macam awan

lepas gelap, ada cahaya dari
Tuhan

bukankah Alquran itu satu pencerahan?
:)



Image result for ujian allah

PENDAM


mungkin kali ini aku pilih diam
diam dan memendam
pendam dan berdendam

akhirnya
 padam
..........................................................................

sampai malam buat mataku terpejam
memori tadi tenggelam

esok pagi aku bangun

aku senyum

tunjuk lesung pipit yang dalam :)