AKU
AKU
Ku pendam sebuah duka Kerana tiada siapa yang sudi berbicara Ku pendam sebuah duka Kerana ku tak percaya pada sesiapa… Ku pendam sebuah duka Kerana ku tak mahu susahkan sesiapa Ku pendam sebuah duka Kerana sejak dulu ku sudah biasa… Ku pendam sebuah duka Kerana ku yakin ku begini selamanya Ku pendam sebuah duka Kerana ku yakin pada kekuasaanNYA… Ku pendam sebuah duka Kerana ku percaya suatu masa ku pasti bahagia Ku pendam sebuah duka Kerana ku selesa begini selamanya… KE MANA LAGI Ke mana lagi inginku pergi Pergi membawa diri Setelah apa yang ada menyakitkan hati Sesudah apa yang dimiliki tiada ertinya lagi… Ke mana lagi inginku tujui Tujui menenangkan hati Setelah hidupku kini kosong dan sepi Sesudah segalanya tak mampu diperbaiki lagi… Tuhanku…untuk ke sekian kali Ku bermohon kepadaMU lagi KAU kurnialah damai di hati Agar sisa-sisa hidup ini… Mampu ku harungi Dengan penuh warna-warni Dengan cara dan erti yang tersendiri Tuhanku… hanya padaMUlah aku menagih simpati… AIR MATA INI Air mata yang mengalir di pipi Tak bisa menceritakan apa yang tersirat di hati Sedang yang mengalir di hati Masih jua tak mampu menguraikan kekusutan diri… Malah tak mungkin akan bererti lagi Setelah ianya kerap mengalir sepi Tanpa dapat mampu ku halangi lagi… Wahai air mata… Mengalirlah kau selagi masih mampu mengalir Mengalirlah kau sebelum kau kekeringan lagi Mengalirlah kau dengan sepenuh hati… Kerana suatu hari nanti Aku takkan menangis lagi Meratapi nasib diri Kerana kau sudah tiada lagi… SETELAH Setelah apa yang terjadi Kau masih belum mengerti Walau berkali-kali kau cuba memahami... Setelah apa yang terjadi Aku masih seperti ini Sukar untuk mempercayai… Bukanku tak menyayangi… Bukanku tak menghargai… Tetapi pengalaman yang dimiliki Mengajarku agar lebih berhati-hati Malah kau tetap ku kasihi Walau tidak sepenuh hati Meskipun tidak sebanyak kasih yang kau limpahi… Terima kasih kerana masih di sini Setia dan sabar melayani Sikapku yang sering bertukar ganti… YANG TINGGAL Kasih yang hilang Ke manakah gerangan? Rindu yang bertandang Ke manakah melayang? Cinta yang kau lafazkan Ke manakah berterbangan? Yang tinggal sekarang Hanyalah kesepian dan kekosongan… Yang dirasakan sekarang Hanyalah kesedihan dan kedukaan… Apa lagi yang ku harapkan Selain semangat yang berkurangan? Apa lagi yang ku mahukan Setelah impianku terlerai di jalanan? Tiada apa yang ku harapkan… Tiada apa lagi yang ku impikan… KENANGAN Kenangan… Sakitnya bila diingatkan Sukarnya untuk dilupakan… Semakin dicuba untuk dielakkan Semakin dekat ianya datang… Kenangan… Yang manis jadikan ingatan Yang pahit jadikan pengalaman… Usah biarkan kenangan meracuni fikiran Kerana ia akan menghancurkan impian Malah mungkin memusnahkan sebuah kehidupan… YANG HILANG Semangat yang hilang Di mana inginku carikan? Jiwa yang kosong Sampai bilakah akan berterusan? Impian yang bertaburan Akan selamanyakah berselerakan? Cinta yang hilang Bilakah akan kembali datang? Kau yang hilang Adakah pasti akan pulang? Datanglah semangat Hadirlah kudrat Kembalilah sahabat… Agar dapat ku raih kembali Kasihmu yang terabai Agar dapat ku kecapi lagi Perhatianmu yang terbiar… Supaya impian kita tercapai Supaya kebahagiaan dapat kita gapai… SEMALAM YANG KU TINGGALKAN Semalam yang ku tinggalkan Adalah keperitanku di masa silam Adalah kepedihan yang tak mungkin ku lupakan Adalah hakikat yang tak dapat ku ubahkan… Semalam yang ku hindarkan Adalah sejarah yang menuntut ketabahan Adalah air mata yang banyak berjuraian Adalah kesakitan yang sukar disembuhkan… Semalam yang ku elakkan Adalah kenangan indah yang tak mungkin berulang Adalah impian yang tidak kesampaian Adalah janji yang tak mampu ku lunaskan Adalah cinta yang tak bisa ku tunaikan… Semalam yang ku jauhkan Adalah aku yang tertinggal di belakang Yang tak punya apa-apa kekuatan Apatah lagi impian dan harapan… Semalam yang ku tinggalkan Yang ada hanyalah aku seorang… JANGAN Jangan diucap kemaafan Andai kesilapan itu akan kau ulang Usah dipinta keampunan Jika perkataan itu sekadar ungkapan… Takkan ku harap perhatian Jika kau tidakku sayang Takkan kau ku tinggalkan Andai sikapmu tak mungkinku tahan… Namun segalanya di luar keupayaan Tutur katamu buatku hilang kesabaran Ternyata ku silap membuat perhitungan Kau ku sayang tanpa ada persefahaman… Berikanku ruang Untukku rungkai segala kekusutan Berikanku peluang Agar kasihku padamu penuh keluhuran… HADIRLAH TEMAN Padamu bintang inginku bisikkan Padamu bulan inginku luahkan Padamu angin inginku serukan Padamu malam inginku nyatakan… Aku rindukan kenangan semalam Aku rindukan teman seperjuangan Aku rindukan kemesraan dan keakraban Aku rindukan saat penuh kebahagiaan… Hadirlah kalian… Agar dapatku hamburkan Segala kepedihan dan kesengsaraan Agar segalanya hilang dari fikiran Agar segalanya kembali pada kesempurnaan… Hadirlah teman… Agar kemanisan itu dapat diulang Agar antara kita tiada lagi perpisahan Agar persahabatan akan terus berkekalan Agar kasih sayang itu akan kekal berpanjangan… ![]() // ~~~~~~~ :) ![]() |