Copyright © ツ♡ Cik Gadis Biasa ツ♡
thank you ALLAH :))
IZINKAN SAYA BERLARI ~
IZINKAN SAYA BERLARI

Bukan tidak suka .. 
Bahkan jauh sekali ingin membenci .. 
saya cuma tidak kuat ingin menolak 
rasa yang kadang-kala menerpa .. 
Lantas kerana itulah saya melarikan diri ..
Kerana saya tahu saya bukanlah 
hamba yang teguh imannya di hati .. 
saya cuma hamba yang 
kadang-kala jatuhnya tidak diingini.
 saya tahu amat sukar bagi kamu untuk mengerti.

"Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah Dialah yang Maha Kaya, Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru untuk menggantikan kamu. Dan yang demikian itu tidaklah sulit bagiNya." [35:15-17].

Andai saya ingin melarikan diri. 
Tiada lain saya harapkan melainkan diredhakan hati. 
Dilindungi selalu di bawah payungan rahmat Ilahi. 
Kerana saya tahu rencana Illahi adalah 
sebaik-baik ketetapan buat diri.
Lantas, siapalah saya untuk menyanggahi ?

Andai ingin menanti. 
Janganlah kamu merapati. 
Kerana saya pasti menjauhi. 
Bukan kerana tidak suka. 
Jauh sekali membenci. 
Fahamilah diriku. 
saya bukan hamba yang tebal imannya di hati.

Buat hati yang menangisi.
Pergilah dikau mencari redha Illahi. 
saya rela bersendirian. 
Dalam mujahadah saya kepadaNya. 
Sekali-kali tidak saya menunggu. 
Tidak pula akan saya toleh ke belakang.
Inilah jalanku. 

Selamat tinggal cinta.

“Cinta itu fitrah. Cinta itu sentiasa muncul di hati. Iman kita yang akan memandu cinta kita ke syurga atau neraka. Jika mampu berkahwin, realisasikanlah cinta kita melaluinya. Jika tidak, pilihlah untuk berusaha menjaga diri, mengawal perasaan dan hati."



syukran jazilan :)




Older Post . Newer Post


// ~~~~~~~ :)