Jangan berputus asa,
teruskan berjalan walau dalam kepayahan.
Berpalinglah ke belakang sekadar
mencari kedudukan diri saat ini.
Jangan terus dilupakan yang silam,
demi memperbaiki diri untuk hari ini
dan untuk yang akan datang.
Pandanglah ke hadapan
dengan penuh harapan.
Kemudian berusahalah,
doa dan tawakkal
untuk hari kemudian.
Andai kata bukan hari ini
hari yang indah untukmu,
percayalah mungkin suatu hari
nanti kamu akan merasainya.
Teruskan bersangka baik kepada
DIA yang Maha Berkuasa,
kerana hanya DIA yang mengetahui segalanya.
Yakinlah semuanya akan indah bila tiba saatnya.
Dan ingatlah bahawa SYURGA itu sangat indah.
Maka, andai kata bukan di dunia,
mungkin juga kamu akan
perolehi di Syurga nanti.
Tak usah jauh mencari damai,
damai itu boleh ditemui dalam hati,
andai diri benar-benar berserah diri
kepada Dia yang Maha Esa.
cukuplah sekadar berlari.
Kalau tak mampu berlari, berjalanlah.
Kalau tak mampu berjalan juga,
merangkaklah
Jangan terus berdiam tanpa usaha.
sampai masa kita akan meneruskan
pelayaran demi menuju perlabuhan yang abadi.
Hiduplah hari ini untuk akhirat,
sementara kita masih punya waktu,
andai saatnya tiba dan kita kembali padaNya,
waktu itu hanya amalan yang kita bawa.
Ya ALLAH sesungguhnya aku malu kepadaMu.
Kerana aku penuh dengan noda
dan penuh dengan lumur dosa.
Ampuni Aku Ya ALLAH ..