Diam!


Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

             tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..

Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..

Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..

Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..


             kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir

DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka

DIAM kita mungkin disilap terjemah..

DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..


            maka

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..

seharusnya kita DIAM..

namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM.

Tabah lah 😊

Telah tertulis suratan nasibmuDerita buatmu ada hikmahnyaterlukis senyum di bibir lesuTak siapa tahu hatimu

biarpun keruh air di hulumungkinkah jernih di muara


Biarpun jenuh hidup dipaluPasti bertemu tenangnya

InsyaAllah :)

Tabah lah 😊

Telah tertulis suratan nasibmuDerita buatmu ada hikmahnyaterlukis senyum di bibir lesuTak siapa tahu hatimu

biarpun keruh air di hulumungkinkah jernih di muara


Biarpun jenuh hidup dipaluPasti bertemu tenangnya

InsyaAllah :)

Kembali pada Dia




di saat kita meminta,
Dia menunda
kita tertanya tanya, "bila  Ya Allah, bila?"
rupanya Dia Maha Mengetahui
kita tak layak menerima apa yang dipinta
Allah kata, "belum masa yang sesuai."
Maka  di saat itu
kita mula rasa hampa, kecewa
kita mula menjauh dari Dia




Namun, apabila  masalah datang melanda,
Dia juga yang kita cari
secara tiba tiba
Dia menjadi tempat mengadu nombor satu
padahal ketika ceria, 
kita jadikan Dia nombor dua



kemudian, 
Dia memberi apa yang kita pinta 

suatu ketika dahulu
pada hari ini..
Hari di mana kita suda leka
Hari di mana kita sudah jauh dari Dia Yang Esa
maka menitis juga air mata mutiara ini
kerana bukan sahaja 
apa yang dipinta telah diberi
malah Dia memberi lebih dari itu
pada masa yang sangat tepat







Dulu

Dulu dia pernah mencintai seseorang yang bernama lelaki dengan sepenuh hati,
Dengan penuh keikhlasan.

Tetapi,
Suatu hari lelaki itu tinggalkan dia tanpa kata,
Tanpa berita.

Dia menangis,
Dia menangis sepenuh hati,
Dia meraung,
Dia meraung sekuat hati.

Dia cuba belajar mencari jalan keluar.
Tetapi susah untuk dia keluar dari zon itu.
Dia berdoa semoga dipermudahkan.

Wahai seseorang yang bernama perempuan, jangan berhenti berdoa.
Berdoalah untuk mencari diri sendiri

Derita atas kebahagian orang lain

bilamana kita terpaksa menderita di atas kebahagiaan orang lain. 
dari situ lah kita belajar untuk menjadi tabah. 
dan dari situlah timbulnya kekuatan dalam diri.
mungkin, 
ada hikmahnya. 
thanks :')